Friday, February 19, 2016

Malam Jasa Mu Dikenang-Majlis Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama
























AYER KEROH 19 Nov 2016 - Antara fungsi utama JKKK ditubuhkan adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Hasan Bin Abd. Rahman berkata JKKK juga bertindak sebagai menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan untuk disampaikan kepada penduduk-penduduk kampung.

''Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebenarnya bertanggungjawab ke atas kemajuan masyarakat dan kampung, menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang selamat dan sejahtera,'' katanya semasa merasmikan Malam Jasa Mu Dikenang sempena Majlis Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama di Ayer Keroh Country Resort, di sini hari ini.


Tambah beliau, JKKK juga berperanan sebagai suara rasmi kerajaan dalam menyampaikan maklumat setiap program pembangunan serta menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

Makan Malam Tahunan itu adalah julung-julung kali diadakan sebagai salah satu usaha untuk menghargai kepada jabatan atau agensi kerajaan yang selama ini membantu dan bekerjasama kepada pihak JKKK, disamping menghargai ahli-ahli jawatankuasa JKKK sesi 2014/2015 yang lalu.

Yang turut hadir ke majlis makan malam tersebut adalah Pengerusi JAPERUN DUN Ayer Keroh, Tuan Hj Arif Bin Yusa; Pengerusi JKKK Tasik Utama, Encik Zulkarnain Bin Harun; Penghulu DUN Ayer Keroh, Encik Azizan Bin Daud dan Pengurus Solar & Teknologi Hijau Kumpulan Melaka Berhad, Encik Mohd Farouk Bin Mohd Sultan.

Pada majlis tersebut, Datuk Hasan telah menyampaikan plak cenderahati kepada sepuluh wakil jabatan atau agensi yang sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak JKKK Tasik Utama disamping penyampaian sijil kepada ahli-ahli jawatankuasa JKKK bagi penggal 2014/2015 yang lalu.

Sebagai menghargai sumbangan dari sektor swasta, pihak JKKK Tasik Utama telah mengambil keputusan untuk menyediakan satu penghargaan khas. Penghargaan tersebut diberikan atas komitmen dan kesungguhan syarikat ini yang menyelenggara tandas awam dengan begitu bersih, lokasi tandas tersebut adalah di R&R Masjid Al-Alami, MITC. Oleh yang demikian, penghargaan tersebut diberikan kepada kepada Syarikat SS Enterprise, Encik Firdausi Bin Tan Sri Aziz.


Majlis diakhiri dengan penyampaian signboard di larang merokok kepada wakil-wakil NGO dalam Taman Tasik Utama.












 




 

1 comment:

  1. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut

    ReplyDelete