Tuesday, March 1, 2016

Program Kempen Denggi, Anti-Merokok & Anti-Dadah

1 Mac 2016, 7.30AM - Program Kempen Denggi, Anti-Merokok & Anti-Dadah Anjuran COMBI Taman Tasik Utama Dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka, Pentadbiran SMK Ayer Keroh & JKKK Tasik Utama.

 
 







Thursday, February 25, 2016

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat Meraikan Peserta Umrah Taman Tasik Utama 2016

25 Feb 2016 - Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat meraikan Peserta Umrah Taman Tasik Utama 2016














Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama.

19 Februari 2016
Ucapan perasmian oleh YB Datuk Hasan Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Pembangunan Usahawan Negeri Melaka di Malam Jasa Mu Dikenang sempena Majlis Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama.
(video#3)
 

Wednesday, February 24, 2016

Majlis Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama

19 Februari 2016
Ucapan alu-aluan oleh Encik Zulkarnain Haron, Pengerusi JKKK Tasik Utama di Malam Jasa Mu Dikenang sempena Majlis Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama.
(video#2)


 

Projek Fertigasi Pertanian Bandar Taman Tasik Utama

Projek Fertigasi Pertanian Bandar Taman Tasik Utama
(video#1)

Friday, February 19, 2016

Malam Jasa Mu Dikenang-Majlis Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama
























AYER KEROH 19 Nov 2016 - Antara fungsi utama JKKK ditubuhkan adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Hasan Bin Abd. Rahman berkata JKKK juga bertindak sebagai menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan untuk disampaikan kepada penduduk-penduduk kampung.

''Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebenarnya bertanggungjawab ke atas kemajuan masyarakat dan kampung, menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang selamat dan sejahtera,'' katanya semasa merasmikan Malam Jasa Mu Dikenang sempena Majlis Makan Malam Tahunan JKKK Tasik Utama di Ayer Keroh Country Resort, di sini hari ini.


Tambah beliau, JKKK juga berperanan sebagai suara rasmi kerajaan dalam menyampaikan maklumat setiap program pembangunan serta menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

Makan Malam Tahunan itu adalah julung-julung kali diadakan sebagai salah satu usaha untuk menghargai kepada jabatan atau agensi kerajaan yang selama ini membantu dan bekerjasama kepada pihak JKKK, disamping menghargai ahli-ahli jawatankuasa JKKK sesi 2014/2015 yang lalu.

Yang turut hadir ke majlis makan malam tersebut adalah Pengerusi JAPERUN DUN Ayer Keroh, Tuan Hj Arif Bin Yusa; Pengerusi JKKK Tasik Utama, Encik Zulkarnain Bin Harun; Penghulu DUN Ayer Keroh, Encik Azizan Bin Daud dan Pengurus Solar & Teknologi Hijau Kumpulan Melaka Berhad, Encik Mohd Farouk Bin Mohd Sultan.

Pada majlis tersebut, Datuk Hasan telah menyampaikan plak cenderahati kepada sepuluh wakil jabatan atau agensi yang sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak JKKK Tasik Utama disamping penyampaian sijil kepada ahli-ahli jawatankuasa JKKK bagi penggal 2014/2015 yang lalu.

Sebagai menghargai sumbangan dari sektor swasta, pihak JKKK Tasik Utama telah mengambil keputusan untuk menyediakan satu penghargaan khas. Penghargaan tersebut diberikan atas komitmen dan kesungguhan syarikat ini yang menyelenggara tandas awam dengan begitu bersih, lokasi tandas tersebut adalah di R&R Masjid Al-Alami, MITC. Oleh yang demikian, penghargaan tersebut diberikan kepada kepada Syarikat SS Enterprise, Encik Firdausi Bin Tan Sri Aziz.


Majlis diakhiri dengan penyampaian signboard di larang merokok kepada wakil-wakil NGO dalam Taman Tasik Utama.












 




 

Saturday, February 13, 2016

Aktiviti menanam anak pokok cili batch yang kedua

13 Feb 2016, 5.00PM
Projek Fertigasi Pertanian Bandar .
Aktiviti menanam anak pokok cili batch yang kedua.

Wednesday, February 10, 2016

Lawatan dari Pengarah Pertanian Putrajaya

10 Feb 2016, 10AM.
Menerima lawatan dari Pengarah Pertanian Putrajaya ke tapak Projek Fertigasi Pertanian Bandar Taman Tasik Utama.

Monday, February 8, 2016

Rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2016, Encik Kenny

8 Feb 2016, 9PM.
Mengunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di rumah Encik Kenny (AJK JKKK Tasik Utama).

Saturday, February 6, 2016

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2016

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2016 kepada seluruh masyarakat Tionghua di Melaka khususnya di Taman Tasik Utama.
Gong Xi Fa Cai.
Setulus ikhlas dari Pengerusi & Barisan AJK JKKK Tasik Utama.

Friday, February 5, 2016