Sunday, January 26, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 2014 Peringkat Taman Tasik Utama

Majlis Penganjuran Maulidur Rasul Taman Tasik Utama 2014 berlangsung meriah pada 26 Jan 2014.Majlis dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah keseluruhan oleh Mejar Mahamud Hamzah.

Doa Pembukaan oleh Imam 4 Ustaz Shahrul Fizi. Sarapan pagi berupa roti dan air diedarkan oleh En Nasir Ali dan En Hasrin Ibrahim untuk semua kontinjen terutamanya pelajar-pelajar sekolah.
Perarakan bermula tepat jam 8.10 pagi melalui TU10, TU21, TU 03, Roundabout Balai Polis, TU 30E berakhir di Surau Taman Tasik Utama yang merupakan tapak majlis. Perarakan disertai 10 pasukan di seliakan oleh SRS dan pasukan polis sampai di Surau tepat jam 0850 pagi.

Turut bersama-sama di barisan hadapan adalah Datuk Hj Deris Daud (Pengerusi Surau), Hj Mohd Arif Yusa (Pengerusi Japerun Ayer Keroh), Dato Ramli (YDP PPTU), Encik Zulkarnain Haron (Pengerusi JKKK & Ketua UMNO Cawangan Taman Tasik Utama) dan pemimpin pemimpin tempatan yang dianggarkan lebih 500 orang termasuk kanak-kanak sekolah.