Thursday, June 13, 2013

Lawatan Muhibbah KRT Taman Tasik Utama ke KRT Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu

KRT Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka akan mengadakan program lawatan muhibbah ke KRT Bukit Wan, Kuala Terengganu, Terengganu pada 14 hingga 16 Jun 2013.

Pengangkutan ke Kuala Terengganu adalah menggunakan bas yang disewa khas.

Objektif lawatan adalah seperti berikut:

1. Menjalin hubungan perpaduan dan kekeluargaan di antara penduduk KRT Taman Tasik Utama dan KRT Kampung Bukit Wan.


2. Berkongsi maklumat dan panduan mengenai pengurusan dan pentadbiran KRT kerana KRT Kampung Bukit Wan telah terpilih sebagai KRT terbaik peringkat kebangsaan.


3. Mengadakan lawatan di sekitar perumahan dan lanskap Kampung Bukit Wan dan menjadikan contoh untuk diterapkan di  Taman Tasik Utama.